Dalam istilah perkomputeran, port bersiri merupakan antara muka pada sistem komputer, di mana maklumat dihantar dan diterima satu bit pada setiap masa (berlawanan dengan port selari ). Dalam sejarah komputer peribadi, kebanyakan pemindahan data menggunakan port sesiri dilaksanakan menggunakan piawaian RS232 menerusi kabel ringkas yang menghubungkan komputer kepada peranti seperti terminal atau modem. Tetikus, papan kekunci dan peranti-peranti lain juga disambungkan kepada hos tersendiri melalui cara ini.
Antara muka seperti rangkaian ethernet, Fire Wire dan USB kesemuanya menghantar data secara sesiri, istilah "port bersiri" biasanya merujuk kepada perkakasan yang ingin berhubung dengan sesebuah modem atau sebarang peranti komunikasi yang sama.
Dalam bab ini saya akan menerangkan berkenaan fizikal dan teori untuk kedua-dua peranti ini. Dari segi jenis, pin yang terdapat pada peranti ini dan kegunaannya untuk antaramuka (interfacing). Apa itu Antaramuka (Interface)? Apakah kegunaannya? Dimana ianya digunakan? Mungkin inilah pertanyaan-pertanyaan yang sering bermain di kota pemikiran bagi mereka yang 'Newbie' dalam alam pengkomputeraan ini.
Antaramuka (Interfacing)
Antaramuka adalah merujuk kepada penghubungan di antara komponen-komponen, yang berkemampunan dari segi pengaturcaraan atau perisian komputer dan perkakasan (software & Hardware). Perisian Komputer terdiri dari pada bahasa-bahasa pengatucaraan komputer yang dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat, seperti bahasa komputer (computer language) dan bahasa mesin (Meachine language).
Bahasa pengaturcaraan merupakan bahasa yang boleh dibaca oleh computer dan dilaksanakan oleh sesuatu mesin atau alatan (hardware). Bahasa Pengaturcaraan (Programming language) ini boleh digunakan untuk menulis bahasa yang dapat difahami oleh computer untuk mengawal keadaan mesin, untuk melaksanakan algorithma (pengiraan matematik), membuat keputusan (decision making) seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent) semuanya ini dapat ditulis dalam bahasa computer.
Bahasa pengaturcaraan pada peringkat awal digunakan untuk memberikan arahan terus kepada keadaan mesin seperti Jacquard looms dan player pianos. Ribuan bahasa komputer telah dicipta setiap tahun dengan penambahbaikan untuk memudahkan pengguna untuk menulis bahasa pengaturcaraan ini.
Secara dasarnya Pengaturcaraan ini boleh di ketogerikan kepada dua komponen penting iaitu Bentuk (Syntax) dan maksud (semantics). Di dalam blog ini saya akan menggunakan beberapa perisian untuk menunjukkan cara-cara melaksanankan antaramuka menggunakan Port bersiri dan selari.
Di antara bahasa-bahasa komputer seperti; C, C++, C#, Java, Python, BASICS, VB.NET dan lain-lain. Di dalam blog ini saya akan menggunakan VB.NET dan VB6 untuk menulis program pengaturcaraan komputer. Tetapi sebelum kita mempelajari bahasa ini perlu saya terangkan secara ringkas berkenaan fizikal dan spesifikasi berkenaan peranti port bersiri dan port selari.
Port Bersiri (Serial port aka D9)
Port bersiri (D9) merupakan barisan port yang mempunyai pin-pin seperti yang di senaraikan di dalamsenarai di bawah;
Pin Assignment
1--- Data Carrier Detect (DCD)
2--- Receive Data (RXD)
3--- Transmit Data (TXD)
4--- Data Terminal Ready (DTR)
5 --- Ground (GND)
6 ---Data Set Ready (DSR)
7--- Request To Send (RTS)
8--- Clear To Send (CTS)
9 --- (Not Connected)
Port bersiri menghantar data satu bit pada setiap masa bit per bit, berbeza dari port selari yang menghantar data secara serentak. D9 ini mempunyai dua jenis penyambung (connector) iaitu penyambung male dan female. Penyambung Female strukturnya berlubang manakala penyambung male mempunyai pin yang menonjol seperti gambar di atas. Biasanya port bersiri pada komputer adalah dari jenis male. (Rujuk gambar di bawah)
Untuk membolehkan komunikasi berlangsung atau untuk membolehkan data di hantar (Tx) dan diterima (Rx) memerlukan pemahaman berkenaan kabel terus (straight cable) dan kabel bersilang (cross cable). Gambar di bawah menunjukkan kabel terus dan kabel bersilang.
Port Selari (parallel port aka D25)
macam maner cara pegujian port sesiri dan port selari?
ReplyDelete