Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

*******--Pengenalan Port Bersiri & Selari--*****

Port bersiri dan Port selari (Serial Port & Parallel Port) Dalam istilah perkomputeran, port bersiri merupakan antara muka pada sistem komputer, di mana maklumat dihantar dan diterima satu bit pada setiap masa (berlawanan dengan port selari ). Dalam sejarah komputer peribadi, kebanyakan pemindahan data menggunakan port sesiri dilaksanakan menggunakan piawaian RS232 menerusi kabel ringkas yang menghubungkan komputer kepada peranti seperti terminal atau modem. Tetikus, papan kekunci dan peranti-peranti lain juga disambungkan kepada hos tersendiri melalui cara ini. Antara muka seperti rangkaian ethernet, Fire Wire dan USB kesemuanya menghantar data secara sesiri, istilah "port bersiri" biasanya merujuk kepada perkakasan yang ingin berhubung dengan sesebuah modem atau sebarang peranti komunikasi yang sama. Dalam bab ini saya akan menerangkan berkenaan fizikal dan teori untuk kedua-dua peranti ini. Dari segi jenis, pin yang terdapat pada peranti ini dan kegunaannya