Port bersiri dan Port selari (Serial Port & Parallel Port)   Dalam istilah perkomputeran, port bersiri  merupakan antara  muka pada sistem komputer, di mana maklumat dihantar dan diterima satu  bit pada setiap masa (berlawanan dengan port selari ). Dalam sejarah komputer peribadi, kebanyakan pemindahan data menggunakan port sesiri dilaksanakan menggunakan piawaian RS232  menerusi kabel ringkas yang menghubungkan komputer kepada peranti  seperti terminal atau modem. Tetikus, papan kekunci dan peranti-peranti  lain juga disambungkan kepada hos tersendiri melalui cara ini.  Antara muka seperti rangkaian ethernet, Fire Wire dan USB  kesemuanya menghantar data secara sesiri, istilah "port bersiri"  biasanya merujuk kepada perkakasan yang ingin berhubung dengan sesebuah  modem atau sebarang peranti komunikasi yang sama. Dalam bab ini saya akan menerangkan berkenaan fizikal dan teori untuk kedua-dua peranti ini. Dari segi jenis, pin yang terdapat pada peranti ini dan kegunaannya...
University Technical Malaysia Malacca (UTeM), lecture materials, cv, activities etc.